Tapi tak semua. Aku alah kepada sesetengah bau yang masih belum aku dapat kenal pasti. Pernah sekali, kawan aku sembur minyak wangi pada badan mereka dan aku terus bersin.
Tapi aku paling alah satu bau ini. Bau yang memang ramai orang selain aku pun barangkali alah juga. Bau ini adalah bau rokok. Ya, aku tahu. Tak berniat nak tujukan pada sesiapa pun. Cuma mahu menulis.
Bila masa aku terbau rokok, sistem badan aku dengan pantas menyuruh komponen dalam hidung aku untuk menyumbat hidung aku agar tiada bau yang sedemikian masuk lagi ke dalam badan. Maka aku kebiasaannya akan mengalami selsema. Dan selsema tersebut menjadi lebih teruk sekiranya aku msih menghidu bau rokok tersebut.
Buat masa sekarang ini, aku sedang rasa seperti ingin termuntah. Dan tekak menjadi tidak selesa dek terbau minyak wangi ambi pure dalam kereta untuk jangka masa yang lama.
Maka aku konklusikan. Minyak wangi adalah hadiah terakhir yang patut dipertimbangkan untuk disuakan kepada aku.
Haha.
bagi minyak masak je la nanti..
ReplyDeletehaha. terima kasih. ;)
ReplyDeletemacam mak saya!!
ReplyDeletedia cume suke saya pakai DKNY apple tuw je.
Haha. Kirim salam pada dia ya? Tapi DKNY sangat kuat baunya. =_=
ReplyDeletehurm, kirim salam itu satu yang berat bagi saya.
ReplyDelete:(
betul! susah betul nak sampaikan..selalu memang tak terime kiriman salam itu kalau pada keluarga..
owh, mungkin kedekut agaknya:)
Ok3, saya tarik balik. Tak perlu kirim salam. Haha.
ReplyDelete