Friday, December 31, 2010

Mari berkenalan.

Any guy or girl is at his or her best when they smile.

Aku paling suka tengok orang senyum-senyum dan ketawa. Semua ini perlu semulajadi. Bukan dibuat-buat. Siapa-siapa pun biarpun pakcik tua yang rongak atau si buncit yang kedut akan nampak indah (dan aku bukan saja-saja guna perkataan indah) bila mereka gembira.

Terutamanya jika mereka ketawakan lawak yang aku cerita. Jadi, kalau jumpa aku, jangan lupa untuk senyum dan ketawa. Terutamanya bila aku buat lawak.

Dan mereka-mereka yang ketawa seorang diri ini biasanya tak sedar yang mata aku membulat sebab terpegun tengok keindahan ketawa atau senyum mereka. (kalau aku pun turut sama ketawa atau tersengih-sengih tahan ketawa mata aku tak dapat nak membulat) Tapi aku memang suka.

Aku memang suka lihat orang senyum atau ketawa. Walaupun ramai orang tak guna cara ini. (sebab mengikut kajian pondok-pondok aku biasanya orang yang berpasangan ini bermula daripada langkah hendak mengurat terus) Satu-satunya cara untuk tambat hati aku secara automatik adalah dengan buat aku ketawa atau tersenyum dengan semulajadi tanpa kepura-puraan. Dan satu-satunya cara untuk buat itu adalah dengan....jadi kawan aku.

Dan aku betul-betul maksudkan KAWAN. Bukan "Hai, boleh berkenalan?"

Haha.

4 comments:

  1. habis,kalau lipas yang ketawa tersenyum-senyum..?dan lipas tu yg jd kawan awk..?
    hehehehe..(lipas tu ketawa dengan semulajadi)

    ReplyDelete
  2. awak pernah tengok lipas ketawa ke?

    ReplyDelete

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..