Friday, December 31, 2010

Mari berkenalan.

Any guy or girl is at his or her best when they smile.

Aku paling suka tengok orang senyum-senyum dan ketawa. Semua ini perlu semulajadi. Bukan dibuat-buat. Siapa-siapa pun biarpun pakcik tua yang rongak atau si buncit yang kedut akan nampak indah (dan aku bukan saja-saja guna perkataan indah) bila mereka gembira.

Terutamanya jika mereka ketawakan lawak yang aku cerita. Jadi, kalau jumpa aku, jangan lupa untuk senyum dan ketawa. Terutamanya bila aku buat lawak.

Dan mereka-mereka yang ketawa seorang diri ini biasanya tak sedar yang mata aku membulat sebab terpegun tengok keindahan ketawa atau senyum mereka. (kalau aku pun turut sama ketawa atau tersengih-sengih tahan ketawa mata aku tak dapat nak membulat) Tapi aku memang suka.

Aku memang suka lihat orang senyum atau ketawa. Walaupun ramai orang tak guna cara ini. (sebab mengikut kajian pondok-pondok aku biasanya orang yang berpasangan ini bermula daripada langkah hendak mengurat terus) Satu-satunya cara untuk tambat hati aku secara automatik adalah dengan buat aku ketawa atau tersenyum dengan semulajadi tanpa kepura-puraan. Dan satu-satunya cara untuk buat itu adalah dengan....jadi kawan aku.

Dan aku betul-betul maksudkan KAWAN. Bukan "Hai, boleh berkenalan?"

Haha.

Thursday, December 30, 2010

Raksaksa

Aku rasa...tenang bila melukis. Tapi baru-baru ini, aku asyik lakar gambar raksaksaa. Tak pasti apa motif aku. Dan aku sendiri tak pasti jika minda separa sedar aku sedang cuba beritahu sesuatu.

Aku, seorang individu yang sedang ketandusan imaginasi. Beri aku imaginasi aku semula.

Tuesday, December 21, 2010

I wrote it here so people would read it.

And I wrote it in English just for the sake of writing it in English.

I wouldn't like my home to be too fancy.
Because people would feel uncomfortable when they're in my house.
Children can't run around for they fear of breaking a 50 000 worth of vase.

I don't want people to feel they don't belong.
Or anything they wear is not good enough to even enter my home.

I wouldn't want that.

Ever.
Dia kata dosa. Dia kata dosa. Aku...pun kata dosa. Padahal, satu pun daripada kami tak nampak dosa. Tak nampak malaikat catat pada bahu kiri. Tapi kami percaya. Kita semua...percaya. Dosa itu wujud. Dan sekian-sekian perbuatan itu mengundang dosa. Telah disebut dengan jelas.

Namun marah membuak. Ditahan-tahan. Bila hujah murahan dikeluarkan.

Kata mereka, "Alah, cakap orang. Pahala kau macam dah menimbun". "Sekurang-kurangnya aku tak hipokrit" " Harap pakai tudung labuh, perangai mengalahkan *****"

Bak kata seorang kenalan, B**O* kuasa dua.

Untuk menangkan diri, dicarinya silap orang lain. Dosa itu, tanggungjawab bersama. Hakikat. Aku, dia dan dia dan mereka dan seterusnya tak mahu ditarik sama berkongsi kejahatan yang KAU lakukan.


Tuesday, December 14, 2010

www.peribadirasulullah.wordpress.com

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah Taala berfirman:

Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Thursday, December 9, 2010

Aku tenat...
Dalam kelembapan malam
Aku sendiri...

Wednesday, December 8, 2010

Rama-rama

Aku resah
dalam rasa rama-rama
yang menggeletek seluruh tubuh

Senyuman yang tiba-tiba aku rindu
menghantui setiap bait lirik yang kudengar
aku...
asyik terkenang
rasa yang aku rasa sewaktu melihat dia
berjalan kearahku...

Kaku...
Aku,
...kaku...

Entah berapa pusingan matahari berlalu
semenjak hari itu
yang mana aku janji agar tiada yang boleh bertakhta pada hatiku
Entah berapa lama
aku tahan...
melihat kalian memperbodohkan diri
atas nama cinta

Tapi hari ini,
aku dijenguk perasaan...
Yang memujuk aku
kembali...
merasa...

Sayang,
itu nafsu...

dan rasa rama-rama ini palsu
Hanya untuk membuai engkau menternak dosa
hanya untuk menjatuhkan engkau ke lembah hina...

Sayang,
Cinta itu nafsu...
Dan nafsu itu...
Palsu...

semuanya palsu...

Dah

Kini hanya ada aku.

Yang lagi satu, hmph...

Tak tahu mahu tulis apa.

Hanya rindu untuk tulis.

Kamu pun mesti rindu aku.

Jangan tipu. ;p