Api melapah tubuh kecil si daun kering
hitamnya menjalar tanpa hala
dengan tujuan yang satu
demi membinasakan tubuh perang itu
Bunyi kebinasaan kedengaran seperti daun yang dikeronyok
asap halusnya menusuk hidung
menikam deria menghiduku
Tatkala ia berderai
peroi di celahan penyepit itu
hati aku turut sama berkecai
melihat matinya si tubuh perang
mendengar seksa teriak bisunya
..........................................
..........................................
sakit, pedih macam aku yang rasa,
ReplyDeletedrama yang dia sedar aku penontonnya,
namun, siapalah aku,
kerana si pembakar hanya api!
nice. tp kurang faham lak cik cindir rela. :)
ReplyDeletesee..kan saya dah kata, kamu dan saya, maksudnya berbeza..:)
ReplyDelete???
ReplyDeletemaksudnya berbeza?
apa yang awak 'dah kata'?
di entry sebelum...saye kate" takut nak sambung sebab nanti saye anggap puisi itu lain makne, dan awak melainkan maknenyer...hehe
ReplyDeletedan, ia happen!
ahah. ia tak 'happen'.
ReplyDeleteia 'terjadi'.
heheh.
tak lah.
saya cuma kurang faham sangat.
dan sebenarnya, puisi tu punya banyak maksud.
bergantung kepada perspektif si pembaca.
mcm cikgu seni saya pernah cakap,
tiada istilah SALAH dalam seni.
kerana definisi seni buat lain2 org berbeza.
Orang yang wajahnya dilukis secara geometri tiga segi juga tetap adalah orang. kan? :)
wah..kamu betul2 paham seni..hahah
ReplyDeleteurm, sebenarnye bile bace kembali, ia buat saye confuse dengan jantina kamu!!
wakakaka...
apa yang saya paham, kalau daun itu betul2 terbakar di penglihatan kamu, bukan khayalan minda semate, maka kamu dapat merasakan kesakitan daun yang dibakar itu.
urm.....
hai? perli ke?
ReplyDeleteahaha. tak...
sebenarnya, saya memang bakar sendiri daun kering tu.
dan bunyi ia dibakar serta bau asap yang dihasilkan buat saya rasa seperti ia boleh dijadikan perumpamaan untuk sesuatu.
lalu saya pun mula menulis.
dan tentang jantina,
sengaja dirahsiakan.
agar tiada 'FIRST IMPRESSION' yang berlaku.
supaya orang bukan tertarik untuk baca, ikut atau ulas blog ini untuk 'what I AM'
tetapi untuk ' what I WROTE'. :)
see..mule2 rase kamu jejake pemalu, sekarang saye rase kamu budak perempuan sekolah menengah..hahah
ReplyDeleteape pun, ia bermula dengan puisi buat saye tertarik dengan blog ni...
haha. jejaka pemalu.
ReplyDeletecomel jugak kan kalau saya ini jejaka pemalu. ;)
tapi, kiranya awak dah tahulah ya siapa saya?
rahsiakan ya? shhh~
tidak tahu...hahah..tapi mungkin tau..err...
ReplyDeletetak mengapa... akhirkan saja perdebatan ini di sini. kita biar ia tergantung. terpulang kpd fikiran awk untuk menafsir. :)
ReplyDelete