Pada pendapat aku, pendapat A.K.U, aku. Kebanyakan orang akan lebih cenderung untuk ikut blog mereka yang punya gambar yang cantik atau kacak atau meletup atau apa-apa sajalah. Yang penting, ada gambaran wajah sang penulis. Tak begitu?
Kerana itulah yang menimbulkan itu yang orang 'putih' panggil, 'first impression'. (tak faham juga? kan dah suruh sedia kamus tadi)
Jadi, walau bagaimana pun seseorang cuba menidakkan yang dia tidak menghakimi orang berdasarkan rupa, dia sebenarnya menipu. Sebab aku sendiripun akan perhatikan penampilan seseorang dulu kemudian cara dia bercakap dan apa yang dia suka lakukan kerana memang itu yang mencerminkan diri dia. Betul?
Tak puas hati juga? Baiklah, aku beri contoh...
Contoh 1:
Ali selekeh, serebeh dengan baju yang boleh bau payaunya dari jarak 5 meter.
Aku cakap Ali pengotor. Itu kira sebagai hakimi kulit sebelum isinya?
Contoh 2:
Aminah senyum dengan barisan gigi yang putih lagi bersih walaupun jarang-jarang.
Dia selalu ketawa dan bajunya sentiasa elok walaupun tak ikut trend.
Aku cakap, Aminah perempuan manis. Itu kira hakimi kulit sebelum isinya?
Contoh 3:
Ahmad tak pernah senyum dan dia tak suka bergaul dengan orang ramai.
Dia rimas ada di majlis keramaian serta jarang ketawa dan selalu diam.
Aku cakap, Ahmad anti-sosial. Itu kira hakimi kulit sebelum isinya?
Jawapan untuk 3 soalan itu adalah, YA. Aku memang menghakimi kulit sebelum isinya kerana aku tidak kenal pun siapa mereka. Tapi, aku hanya buat hipotesis dan konklusi berdasarkan pemerhatian aku mengambil kira malar-malar yang manipulasi berubah dan tetap.
Tapi, aku boleh jamin bahawa anda-anda semua pun sama juga. Automatik saja ada hipotesis yang terlintas dalam minda bila saja perhati seseorang.
Sebab itulah tak ramai orang yang sanggup pakai seluar tidur pergi IOI mall atau baju koyak pergi Sunway Pyramid. Betul?
Kerana SEMUA orang tahu masing-masing akan menghakimi diri masing-masing dengan hanya satu pandangan.
Dan aku berani cakap yang walaupun blog seseorang itu cerita tentang perkara-perkara yang dia buat sehari-hari iaitu makan, tidur, tonton tv, tidur, buka internet, tidur. Orang akan lebih tertarik untuk baca itu sekiranya sang penulis itu cantik ataupun kacak berbanding dengan blog yang penuh ilmu dan maklumat ditulis oleh sang penulis yang serebeh atau tak punya gambar. Setuju tak?
tak setuju..sebab selalunya orang tertarik dengan blog yang cara penyampaiannya menarik, atau tulisannya kelakar, atau menyenangkan..contoh blog si nerake..upps, bukan, blog akab nerake tuw, takde gambar, takde coretan2 kelakar tapi saye mengaku bakat penulisannya bagus, jadi ramai juge follower nye..
ReplyDeleteurm contoh lain??
sila pergi ke blog2 yang menarik lah senang citer:)
tapi MASIH ADA GAMBAR.
ReplyDeletekan?
:)
setuju dengan point teruja sebab tertarik dengan rupa tu. ya, itu boleh jadi faktor. sebab lumrah manusia memang teruja dengan kecantikan fizikal. < sila baca entri "faktor daya penarik manusia gatal" di blog aku kalau rajin ;) >
ReplyDeletetapi, orang sebenarnya lebih suka follow blog yang ada penulisan menarik, sempoi, dan kelakar.
oh,tapi blog gadis yang comel dan hot memang sangat ramai follower. wlpn entri pasal diri sendiri aje. biasa lah tu.
oh, blog anda blog yang menarik. pasti ramai follower.
tidak..tak semstinya ade gambar..tapi tanye balik pada kamu, gambar itu menarik perhatian kan?? bukan saje pade pembaca malah penulis sendiri..contoh terdekat, kamu..kamu suka bace blog snediri kan? kerane ape?? kerane kamu rase penulisan kamu sedap, tapi saye percaye, kalau kamu tambah gambar, pasti kamu lebih kerap membelik..
ReplyDeletetambah icon yang lebih menarik untuk nampak menarik,..tak salah kan??
macam perempuan cantik tambah makeup untuk nampak lebih cantik...
tapi kalau tahu menilai, perempuan tanpa make up pun sangat cantik...:)
banyak sangat gambar pun susah juge nak loading..saye tidak suke..:)
2 en.syahir >>
ReplyDelete"oh,tapi blog gadis yang comel dan hot memang sangat ramai follower. wlpn entri pasal diri sendiri aje. biasa lah tu."
ada juga yang setuju. :)
terima kasih.
tp saya tak setuju bab blog ini akan ramai pengikut. sebab saya selalu ada teori yang orang rasa saya sombong sangat justeru tak mahu ikut blog ini dengan alasan nanti si penulis bermegah. ceh~
cindir rela>>
lumrah lah orang suka tengok luar sebelum dalam. tak ramai yang bagi peluang untuk Ali dalam entri atas itu untuk cuba merapatkan diri. betul?
kalau beli buku pun, mesti tengok kulit dia menarik tak, baru baca sinopsis. betul?