Hey, 2010 kamu macam mana? Percaya tak kalau aku kata, 2010 aku tak maju, tapi macam makin mundur. Atau hampir...
Belum mundur lagi. Aku rasa aku perlu guna sekeras kudrat untuk bertahan.
Kelak dah naik satu lagi nombor. Aku hanya perlu tumpu konsentrasi pada satu saja.
Yang itu saja.
Sijil.
Tuesday, December 29, 2009
Friday, December 25, 2009
Sangkut lagi..
Hey, aku sangkut lagi. Ayat hiperbola aku tak tersambung lagi. Aku tak mampu cari anafora sesuai. Simile atau metafora untuk sembungkan gelang ayat ini.
Tapi, kali ini, bahasa lain.
Sambungkan...kerana aku tak mampu.
Tapi, kali ini, bahasa lain.
know that I missed you
just didn't have the guts to spill it out
know that i want you
just didnt have reasons to back it up
I guess things will just stay the way it is
And this sensation will soon fade away
(blank)
(blank)
(blank)
Sambungkan...kerana aku tak mampu.
Oh ya, say rasa puisi ini bukan untuk Satira.
Saya tak jiwang tahap itu. :)
Quote
Aku jumpa ini.
Aku menung. Aku senyum. Aku ketawa. Aku bersuara...
Aku menung. Aku senyum. Aku ketawa. Aku bersuara...
"crying doesn't indicates that you're weak.since birth,it indicates that you're alive."Thanks Farahin. Love it.
Sunday, December 6, 2009
Aku tanya ini...
Adil tak untuk diri aku kalau kadang-kadang,
aku benci aku kerana tak mampu laku apa yang aku mahu laku?
Cik cindir-rela, saya tahu awak baca ini. Ulas sikit boleh?
Saturday, December 5, 2009
Satu entri peribadi
Kalau ada dengan aku, duduk bersembang. Sila jangan beri aku peluang untuk bercakap. Kerana aku akan mula perbualan dengan teori-teori yang berilmu. Pendapat-pendapat aku. Dan lama-lama, bila dah tak punya bahan lagi, aku akan mula merapu.
Dan bila aku mula merapu, banyaklah perkara-perkara yang entah apa-apa yang akan aku utarakan tanpa sedar.
Konklusinya, jangan beri aku peluang untuk bercakap. Aku tak akan boleh berhenti.
Tuesday, December 1, 2009
Siapa setuju angkat tangan!
Baiklah... Semua pun sedia maklum bahawa aku memang seorang yang galak berfikir. Otak penuh dengan teori-teori yang aku pun tak pasti betul. Sentiasanya minda aku berputar ligat mereka hipotesis yang sesuai. (mungkin ada yang tak tahu hipotesis itu apa jadi sila sediakan kamus)
Pada pendapat aku, pendapat A.K.U, aku. Kebanyakan orang akan lebih cenderung untuk ikut blog mereka yang punya gambar yang cantik atau kacak atau meletup atau apa-apa sajalah. Yang penting, ada gambaran wajah sang penulis. Tak begitu?
Kerana itulah yang menimbulkan itu yang orang 'putih' panggil, 'first impression'. (tak faham juga? kan dah suruh sedia kamus tadi)
Jadi, walau bagaimana pun seseorang cuba menidakkan yang dia tidak menghakimi orang berdasarkan rupa, dia sebenarnya menipu. Sebab aku sendiripun akan perhatikan penampilan seseorang dulu kemudian cara dia bercakap dan apa yang dia suka lakukan kerana memang itu yang mencerminkan diri dia. Betul?
Tak puas hati juga? Baiklah, aku beri contoh...
Contoh 1:
Ali selekeh, serebeh dengan baju yang boleh bau payaunya dari jarak 5 meter.
Aku cakap Ali pengotor. Itu kira sebagai hakimi kulit sebelum isinya?
Contoh 2:
Aminah senyum dengan barisan gigi yang putih lagi bersih walaupun jarang-jarang.
Dia selalu ketawa dan bajunya sentiasa elok walaupun tak ikut trend.
Aku cakap, Aminah perempuan manis. Itu kira hakimi kulit sebelum isinya?
Contoh 3:
Ahmad tak pernah senyum dan dia tak suka bergaul dengan orang ramai.
Dia rimas ada di majlis keramaian serta jarang ketawa dan selalu diam.
Aku cakap, Ahmad anti-sosial. Itu kira hakimi kulit sebelum isinya?
Jawapan untuk 3 soalan itu adalah, YA. Aku memang menghakimi kulit sebelum isinya kerana aku tidak kenal pun siapa mereka. Tapi, aku hanya buat hipotesis dan konklusi berdasarkan pemerhatian aku mengambil kira malar-malar yang manipulasi berubah dan tetap.
Tapi, aku boleh jamin bahawa anda-anda semua pun sama juga. Automatik saja ada hipotesis yang terlintas dalam minda bila saja perhati seseorang.
Sebab itulah tak ramai orang yang sanggup pakai seluar tidur pergi IOI mall atau baju koyak pergi Sunway Pyramid. Betul?
Kerana SEMUA orang tahu masing-masing akan menghakimi diri masing-masing dengan hanya satu pandangan.
Dan aku berani cakap yang walaupun blog seseorang itu cerita tentang perkara-perkara yang dia buat sehari-hari iaitu makan, tidur, tonton tv, tidur, buka internet, tidur. Orang akan lebih tertarik untuk baca itu sekiranya sang penulis itu cantik ataupun kacak berbanding dengan blog yang penuh ilmu dan maklumat ditulis oleh sang penulis yang serebeh atau tak punya gambar. Setuju tak?
Penyakit
Boleh tanya, apa nama penyakit orang yang agak obses dengan blog sendiri ya? Mana boleh dapat ubat? Kerana aku sungguh-sungguh rasa penyakit aku ini sudah tahap kritikal. Telefon ambulans untuk aku sebelum ia lebih menjadi-jadi!
Subscribe to:
Posts (Atom)