Sunday, September 6, 2009

Sequel

Sekali lagi. Malam semalam. Aku diserang hendap oleh makhluk coklat kenit itu. Ceritanya begini...

Aku, sedang rimas dengan tanganku yang rasa seperti kotor. (Iyalah, dah pegang macam-macam, mana tak kotor) Lalu, aku membuat sebuah keputusan yang berat untuk mencuci tangan aku.

Aku pun berjalan menuju ke dapur. Buka lampu dan mara pula menuju ke singki. Tiba-tiba, baru aku sedar, seekor makhluk kenit coklat sedang merayap di kawasan sekitar singki.

Aku yang terkejut pun, apa lagi. Lari terlompat-lompat dan menjerit kecil menyelamatkan diri daripada gergasi coklat itu(Pergh... ayat nak hiperbola je)

Aku yang kelam-kabut melarikan diri pun secara tak sengaja, terseliuhkan kaki aku(ada ke orang 'ter'seliuh secara sengaja? Dah kata TER)

Haa~ itu lah dia sequel sambungan kisah aku daripada APABILA KEHABISAN RIDSECT DAN SHIELDTOX.

2 comments:

Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..