Aku tengok tipikal orang-orang bloggers. Urgh...asal dia mencarut dan buat cerita-cerita yang dah sah-sah bohong, melampau-lampau saja nak hiburkan pembaca dia itu.(tapi aku baca juga. Cehh~) Melambung pengikut dia.
Dah pula tu. Aku punya masih lagi 3, 4 kerat je. (Eh, bukan aku menulis untuk diri sendiri ke? Entah apa-apa je kau ni burung hantu) Tapi kan, tak bolehlah nak tipu kan? Cemburu tu mesti ada kan? Macam bila tengok ulasan-ulasan dalam blog-blog serba merah jambu atau hitam semua itu. Tak pun putih. Sampai belas-belas, puluh-puluh. Tiba-tiba fikir. Bila aku punya ulasan nak jadi banyak tu ha? Apa kata aku buat satu entri BAIK PUNYA, lepas itu aku biar sampai 2, 3 tahun. Mesti berlambak orang ulas. Amacam?
Ah, lantaklah. Aku tulis pun suka-suka sebab aku suka tulis. Lepas itu, baca sendiri. Eloklah tak ramai pengikut. Senang kalau aku nak tulis apa-apa. Kalau satu dunia tahu. Termasuk sekali dengan kerajaan yang nak saman blogger cakap benda sensitif, mati lah aku. Nak tulis apa?
Takkan lah aku nak tulis pasal.
Hari ini, bangun tidur. Sahur. Solat. Penat-penat. Solat. Satu hari termenung tengok dinding, tengok tv, tengok telefon. Solat. Buka puasa. Solat. Teraweh. Tidur. Esok, kucing aku berak atas kerusi, aku tulis. Macam tu?
Haih...aku kalau bab merungut ni memang johan. Jadi tak perlulah nak jadi pengikut aku. Nanti kena baca semua yang aku rungutkan.
Haih...aku kalau bab merungut ni memang johan. Jadi tak perlulah nak jadi pengikut aku. Nanti kena baca semua yang aku rungutkan.
No comments:
Post a Comment
Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..