Aku dan umi, masing-masing teragak-agak untuk masuk. Kelihatan seperti menyeronokkan saja. Tanpa kami sedari, kaki pun mula melangkah masuk.
Harga= RM38 untuk 30minit
Langkah pertama=buka kasut(dan mungkin juga stoking)
Langkah kedua=cuci kaki
Langkah ketiga=beranikan diri untuk merendam kaki di dalam kolah yang penuh dengan ikan
Ketika mula merendam kaki. Kami takut-takut. Juga menjerit kecil. (percayalah, kalau kamu rasa, kamu juga akan buat sedemikian). Kaki digigit dan dikerumuni oleh sang ikan kecil. Aku tidak pasti bagaimana untuk menggambarkan rasanya.
Err...mungkin sahaja bagaikan kaki dikerumuni oleh 50 ekor lipas? Aduhai...
Umi tidak tahan, terlalu geli, lalu beliau menukar sesi itu dengan sesi urut kaki. Aku yang ditinggalkan keseorangan cuba menggagahkan diri untuk membiarkan kaki dihurung sang ikan.
Perasaanku tidak tergambar. Geli!!! Bagai digeletek, digigit, digetar dan diusik-usik. Oh, sungguh tidak selesa. Di sebelahku, duduknya seorang kakak comel, Kak Ina namanya. Bekerja di tapak nuklear. Hebat. Beliau seorang pengkaji. Aku kagum. Beliau ketawa dan memaklumkan aku bahawa dia juga sepertiku pada mulanya. Sehingga menggigit-gigit tuala yang diberi. Alahai...
Lebih kurang 10 minit berlalu, aku pun sudah mulai biasa dengan keadaan itu. Aku mengajak Kak Ina menukar tempat ke kolah yang ikannya lebih besar. Sengaja mahu mencuba.
Ikan besar, lain pula sensasinya. Terasa bagai dicuit-cuit kaki itu. Walaubagaimanapun, di kolah ikan yang besar, hanya satu atau dua saja yang datang. Yang lainnya sibuk merehatkan diri.
Usai 30minit, aku dipanggil untuk mencuba produk mereka. Kaki, tangan dan mukaku digosok. Seronok jugalah...
Apabila pulang, aku tidak henti-henti bercerita kepada umi bagaimana kakiku dihurung sang ikan. Yang pasti, rakan-rakanku akan ku ajak ke sini.
P/s: Aku mahu kakiku digigit ikan lagi..
No comments:
Post a Comment
Seperti yang anda memang sudah tahu, ulasan sangat dialu-alukan dalam blog yang tiadaternama ini. Justeru,saya juga harap sekiranya anda sebagai seorang yang tidak bernama untuk memperkenalkan diri kerana kemungkinan saya tertarik dengan ulasan anda dan ingin mengenali siapa anda, ia akan lebih mudah buat saya.Sekian..