Sunday, July 26, 2009

Si kecil yang suka makan kotoran

Ini catatan tentang bayi? Oh,tidak... Anda silap sebenarnya. Catatan ini tentang spa ikan di Piramid Landasan Matahari(sunway pyramid)

Aku dan umi, masing-masing teragak-agak untuk masuk. Kelihatan seperti menyeronokkan saja. Tanpa kami sedari, kaki pun mula melangkah masuk.

Harga= RM38 untuk 30minit

Langkah pertama=buka kasut(dan mungkin juga stoking)

Langkah kedua=cuci kaki

Langkah ketiga=beranikan diri untuk merendam kaki di dalam kolah yang penuh dengan ikan

Ketika mula merendam kaki. Kami takut-takut. Juga menjerit kecil. (percayalah, kalau kamu rasa, kamu juga akan buat sedemikian). Kaki digigit dan dikerumuni oleh sang ikan kecil. Aku tidak pasti bagaimana untuk menggambarkan rasanya.

Err...mungkin sahaja bagaikan kaki dikerumuni oleh 50 ekor lipas? Aduhai...

Umi tidak tahan, terlalu geli, lalu beliau menukar sesi itu dengan sesi urut kaki. Aku yang ditinggalkan keseorangan cuba menggagahkan diri untuk membiarkan kaki dihurung sang ikan.

Perasaanku tidak tergambar. Geli!!! Bagai digeletek, digigit, digetar dan diusik-usik. Oh, sungguh tidak selesa. Di sebelahku, duduknya seorang kakak comel, Kak Ina namanya. Bekerja di tapak nuklear. Hebat. Beliau seorang pengkaji. Aku kagum. Beliau ketawa dan memaklumkan aku bahawa dia juga sepertiku pada mulanya. Sehingga menggigit-gigit tuala yang diberi. Alahai...

Lebih kurang 10 minit berlalu, aku pun sudah mulai biasa dengan keadaan itu. Aku mengajak Kak Ina menukar tempat ke kolah yang ikannya lebih besar. Sengaja mahu mencuba.

Ikan besar, lain pula sensasinya. Terasa bagai dicuit-cuit kaki itu. Walaubagaimanapun, di kolah ikan yang besar, hanya satu atau dua saja yang datang. Yang lainnya sibuk merehatkan diri.

Usai 30minit, aku dipanggil untuk mencuba produk mereka. Kaki, tangan dan mukaku digosok. Seronok jugalah...

Apabila pulang, aku tidak henti-henti bercerita kepada umi bagaimana kakiku dihurung sang ikan. Yang pasti, rakan-rakanku akan ku ajak ke sini.

P/s: Aku mahu kakiku digigit ikan lagi..

Saturday, July 25, 2009

Muka tidak comel, tak mahu jadi kawan?

Amboi, ini sudah melampau. (tak cukup comel lagikah gambar yang aku paparkan itu?!) Siap dengan kepak lagi. Jangan main-main.

Oh tidak... Bukan ada orang yang beritahu aku sedemikian. Tapi itu sesuatu yang biasa dalam hidup kita. Jika wajahnya tak comel di laman myspace , friendster atau blogger sendiri. Mereka tidak berminat untuk menjadi kawan. Bodoh bukan? Aduh maaf. Bukan bodoh. Cuma kurang ilmu saja. Penghakiman dibuat berdasarkan apa yang terzahir di mata saja.

Kenapa aku tulis ini? Eh, aku punya sukalah!

Kerana Futsal...

Kerana futsal, barang binasa. Badanku juga. Aduhai...

Kasut ku koyak, tertanggal tapaknya. seluarku berlubang, koyak, dan lutuku luka. Aku bukan profesional. Ini kali pertama aku memasuki pertandingan. Malah, aku sebenarnya dipaksa masuk! Namun, apabila perlawanan berakhir. Kami berpuas hati. Lawan sehingga separuh akhir dan kalah dengan maruah(mereka menang sepakan penalti. huhu)

Satu bola pun tidak berjaya bolos ke dalam gol kami sebelum penalti. (kepala sedikit mendongak) Ceh..

Pengalaman baru diperoleh. Memori baru tercipta. Oh ya, dan untuk rakan-rakanku, aku gembira kalian paksa aku bermain.

P/s: posisiku penjaga gol.

Friday, July 24, 2009

Yang tak terucap

Pada suatu malam, Sang nyamuk pun datang. Habis diratahnya kulitku. Cucuk sana dan sini seperti kaki dan tanganku ayam KFC hot and spicy. Tompok merah kecil merata-rata. Sudah seperti menghidap penyakit demam campak. Kurang ajar punya nyamuk! Tak sekolah ke?!

Aduhai...minit demi minit berlalu tidak aku sedari. Ceramah pagi tadi yang begitu menginsafkan(namun sedikit tidak senonoh) tidak aku praktikkan. Beriya mahu solat pada awal waktu, kini, azan asar sudah lama berlalu. Kewajipanku masih belum tertunai. Ampun ya allah. Aku pergi sekarang. Huhu...

Kawan-kawan!

Mana boleh dapatkan latar belakang cantik-cantik ya?

Thursday, July 23, 2009

Baru keluar daripada lubang peluh jari seorang manusia


Pada suatu hari, ilham datang menyergah...


Tajuk kali ini tentang blog baru aku. Mahu memperbaharui. Aku harap, ia akan jadi lebih baik daripada yang dulu. Mungkin saja, lebih ramai pengikut. Kih,kih,kih...