Saturday, January 2, 2016

2016

Berapa lama kena tinggal blog ni?

Fuh fuh. Nyah kau habuk!

Tahun ni aku Grad insyaAllah.

Perghh...bila baca, rasa macam baru semalam aku cakap aku dapat masuk Uni.

Banyak sangat entri, aku belum khatam lagi. Tapi, mak aih, mentah dia. Suci dia. Terasa dekat anak tekak.

Lain betul aku 5 tahun lepas.

Banyak sangat dah jadi. Tak tahu nak kata macam mana.

Tapi...

Tapi...

Apa yang aku dapat belajar semenjak menjadi dewasa ni. Eceh.

Mulut kau, takkan selantang masa kau muda.

Masa kau muda, kau nak curah semua, nak bagitahu dunia, nak kalau boleh semua orang tahu apa yang kau fikir dan yang kau rasa pada satu-satu waktu tu. Tapi bila dah besar,  (baru 22. puii)  kau akan menjadi lebih berahsia.

Kalau dulu aku banyak rahsia, sekarang? Kau bayangkan jela kebarangkalian rahsia-rahsia aku.

Kalau dulu aku banyak blog, sekarang? Haa...tak terjangkau dek akalmu. hahah.

Minggu Final. Aku pun tak betul sangat. Lagilah pulak lepas pukul 12.

Dekat sini, tempat untuk bebas kan?

Aku public kan semua entri.

Aku ulang lagi.

SEMUA.

Yang draft, yang tak sempat habis, yang ulang, yang tersave banyak2.

S.E.M.U.A.

Bacalah. Hiburkan hati kejap. Dah habis, kita boleh teruskan hidup.

Ok?

Wednesday, May 29, 2013

Shiawase

Seronoknya jadi kaya.

Rumah besar. Boleh travel kehulur-hilir. Tak payah risau pasal duit sebab 300 tu hal kecik.

Tapi kenapa bila bangun tidur daripada katil empuk dengan bilik berhawa dingin berpelukkan bantal tiub nan lembut kau rasa sedih?

Sebab rumah besar kau yang cukup untuk muat 15 orang duduk dengan selesa tu kosong. Tak ada orang.

Bahagia yang kau fikir akan dapat bila kau habiskan kitkat paket 10 tu sorang2, tak terasa.



Tuesday, April 23, 2013

Hujan

Asyik hujan lebat kebelakangan ini.

Ribut. Petir. Guruh.

Pokok tumbang.

Subhanallah.

Bila kau dengar bunyi guruh yang begitu kuat, baru terasa dekatnya mati.

Bila kau nampak petir yang begitu dekat, baru sedar sementaranya hidup ini.

Bila kau saksi pokok yang tumbang depan mata, baru tahu ingat ilahi.

Allah...



.


.


.


.



Hujan lebat, doa makbul.

Ye ke?

Ye kot.

Tapi, MasyaAllah.

Harini, dalam lebat hujan aku berjalan.

Berdoa.

Dan Allah makbulkan dengan segera.

Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah.

Terima kasih Allah, untuk hadiah kesedaran melalui hujan.

Terima kasih Allah, sebab makbulkan doa.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.



.


.


.



I love You Allah.

Friday, April 19, 2013

Emosi

Semua orang punya emosi. Marah. Sedih. Gembira. Terpulang kepada cara dibesarkan. Dan ciri-ciri personaliti orang tersebut. Juga ego.

Lain orang, lain caranya. Mengawal emosi ini. Ada yang egonya mencanak. Enggan menangis. Ditahan-tahan bilamasa terusik emosinya. Ada yang hatinya lembut. Mudah terasa. Mudah tesentuh. Air masin yang keluar daripada bola matanya mudah benar jatuh bagai hujan. Luruh bagai daun kering.

Marah. Bukan senjata. Tapi kelemahan. Hati yang marah mudah dikuasai bisik-bisik syaitan. Kerana itu orang-orang yang sabar kuat. Hebat. Dipandang tinggi.

Bukan mudah untuk sabar.

Bukan mudah untuk sabar.

Terutama bila kita yang berada di pihak yang berhak untuk marah. Hati diapi-api oleh bisik makhluk hodoh yang sentiasa tekun memujuk kita menemaninya ke gaung Jahannam. Dan marah itu makanan termanis para syaitan.

Aku mengaku hati aku mudah tersentuh. Rongga mata lekas banjir. Tapi selalu ditahan-tahan. Jangan biar jatuh. Meski sudah terlalu banjir, aku paksakan supaya jangan jatuh. Ya, barangkali egoku tinggi. Tak suka dilihat menangis... Lebih suka untuk banjir di hadapan diri sendiri. Lebih selesa.

Dan benar. Marahku mudah dicetus. Hati remaja pula, tak cukup gagah menepis api-api goda makhluk hodoh itu.. Dan untuk itu, aku kesal.

Tapi kini, aku mahu... Benar mahu...berubah. Kerana Tuhan tidak pernah sukakan manusia yang gagal untuk sabar. Walaubagaimanapun, Dia Maha Pengampun. Dia pemberi peluang kedua, ketiga, keempat bahkan keseratus yang teragung.

Maka, aku mahu sahut harap Dia. Untuk belajar menjadi sabar. Untuk belajar menjadi sabar. Untuk belajar menjadi sabar. InsyaAllah.

Dan aku mahu belajar, untuk rendah ego aku. Untuk tidak malu...untuk menangis.

Kerana,


"crying doesn't indicates that you're weak.
since birth,
it indicates that you're alive."


Harini

















Kau





















kena

















jujur

















Mengakulah... kita semua poyo masa zaman remaja.

Jika

Jika itu... Suatu perkataan yang menunjukkan kebarangkalian.

Jika dibandingkan aku dengan yang lain. Hanya sebesar biji tahi cicak aku ini. Jika dibanding aku dengan pokok pun. Hanya sebesar kucing sahaja aku ini. Jika dibanding bijaksana aku dengan si rambut kerinting Einstein, hanya sebesar atom sahaja aku ini. Tidak besar. Tidak gagah. Tidak.

Aku bukan Fynn Jamal. Bukan suaminya. Bukan Wani Ardy. Bukan Kamal Abu Bakar. Bukan

Aku bukan Dol Said. Bukan Maharaja Lela. Bukan Rentap. Bukan Sharif Masahor. Bukan.

Aku bukan Si pemuisi hebat. Aku bukan Si pahlawan gagah. Aku bukan Si pemikir bijak. Bukan.

Aku hanya aku. Yang mana wajahnya terdampar di tepi-tepi jalan. Bersepah-sepah. Semua orang pun dikatakan serupa dengan aku.

Aku hanya Si manusia yang masih lagi terkapai-kapai mencuba membezakan mana hitam dan mana yang putih dalam dunia kelabu ini. Masih, aku asyik tersalah pilih.

Ada yang pernah aku bacakan. "Setiap hari kita berperang dengan jiwa. Kadangkala kita menang, kadangkala kita kalah".

Dan petikan kata-kata En. Wilde. "Every saint has a past, And every sinner has a future"

Dan seperti aku katakan. Aku, hanyalah aku. Bukan dia, atau dia, atau dia. Aku adalah aku.

Jika dibandingkan pula aku dengan kuasa Allah S.W.T, tidak sebesar noktah pun aku ini.

Subhanallah.

Ingat wahai aku. Janji Allah itu benar.

Thursday, April 18, 2013

Jodoh?


Pandang sini, suka,
Pandang sana, minat,

Allah...

Macam mana nak bersih hati kalau tak tundukkan pandangan?

Mata melilau mencari-cari calon isteri, calon suami
Setiap hari bertanya siapakah imamku nanti? Rusuk kiri?

Alahai, pemuda...

Lupakah engkau pada janji Allah,
Tentang pemuda yang dekat dengan masjid,
Taat perintah Dia,
Akan mendapat naunganNya di hari tiada naungan selain yang Maha Esa?

Sudah-sudahlah itu...