Wednesday, June 23, 2010

Ah~

Kerana kau itu seorang, tunggal.

Kau itu manja. Mengada.

Kau itu kurangajar, tak beradap.

Kata maaf pun kau tak reti ucap.

Kau perasan sadis. Kasihankan diri sendiri.

Piiirah. Masalah keluarga konon.

Hey, aku pun punya masalah juga.

Masalah keluarga, masalah sekolah, masalah-masalah bermacam masalah.

Tapi aku masih pandai rasa bersalah.

Mentang-mentang kaya, kau lupa.

Woi! Duit tak boleh beli segalanya.

Kau ingat, dengan membayar kertas payau kau itu, semuanya boleh selesai macam itu saja?

Ah, mimpi lah engkau seorang diri.

Monday, June 7, 2010

Sakit

Dan pada suatu ketika pernah aku dambakan sakit

Dan bila sudah diberi,

Kudambakan sembuh pula...

Kerana bila sakit baru ingatan pada Tuhan itu terasa lebihnya...

Dan bila sembuh pula, baru terasa nikmat kuasa Tuhan yang esa.

...dan manusia memang begitu lumrahnya.

Cepat lupa.

Cepat pula ingat semula.

Aku juga....adalah manusia.

Thursday, May 27, 2010

Quote

" For a poem is a poet’s naked soul."
Warni Ardy

Saturday, May 8, 2010

Habiskan ini, kerana pernghabisan yang aku tuliskan langsung tidak aku rasakan sesuai.

Manis,manis,manis
Pelbagai manis
Ada manis gula
Manis kek,
Manis cinta...

Tapi tiada yang setanding manis senyumnya.

Lembut tutur kata,
Budi bicara,
Lenggok jalannya.
Belum pernah lagi ku jumpa

Wajah yang mampu mencair hati setiap jejaka
Terjaga elok
Tertutup auratnya
Harap masih begitu kelak dewasa......................
...............................................
....................................
(kosong, kosong, kosong, kosong, binngung, geram, diam, tak tahu nak buat apa)

Wednesday, May 5, 2010

Memang dan sememangnya

Antara sedar mahupun tidak
antara mengetahui mahupun tidak

kita

tertarik

kepada

perkara

yang

tidak

kita

fahami.

Mudah.

Tuesday, April 27, 2010

Benarkah?

Apakah suatu kejayaan itu jika kita berjaya membuat seseorang menangis kerana kita?

Dan apakah gagal jika kita tak turut menangis sama?


Satu

Hal yang aku sangat pasti tersemat di lubuk 'Qalbun' aku.

Kerja apa yang akan aku lakukan, aku kurang pasti.

Tetapi satu hal ini aku sememangnya pasti daripada saat aku sudah mula belajar berfikir.

Iaitu,

Aku...

Mahukan kerja di mana aku dapat menjadi sebahagian daripada hidup semua orang. Noktah.

Dan harapnya, kali ini tak akan terkecewa.