Kerana eloknya aku hanya pada dasar.
Aku bimbang...
Kerana takutkan kau lari bila tahu yang sebenarnya aku,
Tidak punya apa...
Lalu aku berkeputusan hanya biar kau kenal aku pada dasar.
Pabila kau hampir membuka cengkerang keras degil itu untuk mendapatkan secebis pandang pada apa yang di dalam aku,
Aku lari...
Maaf kerana aku tak mampu membuka luas cengkerang,
Membiar kau lihat lidahku terjelir hodoh
Dan tiada mutiara pun yang tersembunyi...
Maaf...
Aku enggan melihat kau kecewa dan terkecewa,
Kerana tak semua manusia mampu terima,
Berat, penat, lelah, marah, payah kau mendapatkan aku,
Hanya untuk mendapati tiada mutiara di dalam...
Kebimbangan aku yang paling dalam,
Kau bukan satu daripada manusia yang 'tidak semua' itu...
Dan hidup pun berlalu...