Wednesday, June 23, 2010

Ah~

Kerana kau itu seorang, tunggal.

Kau itu manja. Mengada.

Kau itu kurangajar, tak beradap.

Kata maaf pun kau tak reti ucap.

Kau perasan sadis. Kasihankan diri sendiri.

Piiirah. Masalah keluarga konon.

Hey, aku pun punya masalah juga.

Masalah keluarga, masalah sekolah, masalah-masalah bermacam masalah.

Tapi aku masih pandai rasa bersalah.

Mentang-mentang kaya, kau lupa.

Woi! Duit tak boleh beli segalanya.

Kau ingat, dengan membayar kertas payau kau itu, semuanya boleh selesai macam itu saja?

Ah, mimpi lah engkau seorang diri.

Monday, June 7, 2010

Sakit

Dan pada suatu ketika pernah aku dambakan sakit

Dan bila sudah diberi,

Kudambakan sembuh pula...

Kerana bila sakit baru ingatan pada Tuhan itu terasa lebihnya...

Dan bila sembuh pula, baru terasa nikmat kuasa Tuhan yang esa.

...dan manusia memang begitu lumrahnya.

Cepat lupa.

Cepat pula ingat semula.

Aku juga....adalah manusia.