Tuesday, April 27, 2010

Benarkah?

Apakah suatu kejayaan itu jika kita berjaya membuat seseorang menangis kerana kita?

Dan apakah gagal jika kita tak turut menangis sama?


Satu

Hal yang aku sangat pasti tersemat di lubuk 'Qalbun' aku.

Kerja apa yang akan aku lakukan, aku kurang pasti.

Tetapi satu hal ini aku sememangnya pasti daripada saat aku sudah mula belajar berfikir.

Iaitu,

Aku...

Mahukan kerja di mana aku dapat menjadi sebahagian daripada hidup semua orang. Noktah.

Dan harapnya, kali ini tak akan terkecewa.

Dan aku yang telah mengecewa

Bila berjayanya aku dalam sesuatu hal
Yang paling gembira seharusnya aku.

Bila gagalnya aku dalam sesuatu tugas
Yang sedia memujuk seharusnya aku.

Dan bila tercapainya sasaran yang lama teridam
Yang memberi hadiah seharusnya aku.

Malah,

Bila saja berbuat janji dengan diri sendiri tentang hal tertentu,
Yang menepatinya juga seharusnya aku.

Tapi, kecewanya tak bersudah.

Diambil ringan setiap hal. Mana kan menjadi.

Bagaimanapun, terima kasih wahai aku.

Kerana masih setia.

Kerana masih percaya.

Kerana masih berkorban...

Dan terima kasih tuhan.

Kerana Kau bersabar menanti aku melakukan perubahan.

Kerana Kau percaya.

Saturday, April 24, 2010

Jika Kau Kenal Aku

Jika kau kenal aku di sini,

Kau rasa aku penyendiri...

Jika kau kenal aku di luar,

Kau rasa aku ramah,

Jika kau kenal aku di rumah,

Kau kata aku kurang ajar...

Halkikatnya,

hanya tuhan yang benar-benar kenal aku.

Aku juga tak kenal siapa aku.

Merepek?

Barangkali ya...

Aku takut...

Kerana eloknya aku hanya pada dasar.

Aku bimbang...

Kerana takutkan kau lari bila tahu yang sebenarnya aku,

Tidak punya apa...

Lalu aku berkeputusan hanya biar kau kenal aku pada dasar.

Pabila kau hampir membuka cengkerang keras degil itu untuk mendapatkan secebis pandang pada apa yang di dalam aku,

Aku lari...

Maaf kerana aku tak mampu membuka luas cengkerang,

Membiar kau lihat lidahku terjelir hodoh

Dan tiada mutiara pun yang tersembunyi...

Maaf...

Aku enggan melihat kau kecewa dan terkecewa,

Kerana tak semua manusia mampu terima,

Berat, penat, lelah, marah, payah kau mendapatkan aku,

Hanya untuk mendapati tiada mutiara di dalam...

Kebimbangan aku yang paling dalam,

Kau bukan satu daripada manusia yang 'tidak semua' itu...

Dan hidup pun berlalu...

Friday, April 9, 2010

Hey, dengar ini.

Bila kita mula tinggalkan apa yang di belakang,

kisah lampau.

Kita akan dapat lihat, apa yang di depan beribu kilometer jauh lebih hebat dan baik daripada yang telah kita tinggalkan.

Tapi sayang,
Ramai orang telah berjalan meninggalkan yang di belakang, tapi tak pernah benar-benar meninggalkannya.

Dan pada pespektif mereka, yang belakang itu sentiasa lebih baik.

Ah, itu hanya kerana kau sebenarnya tak pernah lihat yang di depan. Masih tekun menoleh. Mana kan menjadi.

Dan yang kau kerap impikan itu. Yang kau kerap sebutkan "KALAULAH ini, KALAULAH itu",

hanya ilusi semata.

Dan dengan itu,

Kau ternobat menjadi manusia paling rugi.